Zaman Kanak-Kanak Ayah

Seingat aku,dari apa yang diberitahu oleh moyangku,selepas ayah lahir,nenekku meninggalkan ayah kepada moyangku. Nenekku berkahwin lain selepas bercerai dgn arwah datuk. Ayah dibesarkan oleh kedua-dua moyangku dari usaha mengurut & menungku org bersalin. Sementara moyang lelaki hanya berkerja kampung shj.

Ayahku dibesarkan disebuah rumah kecil shj.Tapi yg aku hairan,bagaimana ayah dpt menjadi seorang pensyarah yg terkenal dlm keadaan hidup yg serba dhaif itu. Ayah berjuang bermati-matian menimba ilmu pengetahuan. Moyangku yg buta huruf dpt menyekolahkan ayah hingga ke Sekolah Menengah. Ayah tidak dpt lagi melanjutkan perlajaran ditingkatan empat kerana kesempitan wang. Sejak itu ayah belajar sendiri dirumah dan meminjam buku dari kawan-kawan. Ayah tetap juga menduduki peperiksaan MCE pada ketika itu dgn tidak pun pergi sekolah. Apabila ayah berjaya masuk ke Maktab Perguruan pahun berikutnya,semua kawan-kawan yang mengenalinya ketika dibangku sekolah amat terkejut melihat ayah sama-sama menjejak kaki ke Maktab spt rakan-rakan yg bersekolah.

Pergi Tak Kembali

Hampir 6 tahun lebih ayah telah pergi menghadap Penciptanya. Namun bayangan wajahnya,hilai tawanya,senda guraunya,kata-kata nasihatnya masih terngiang-ngiang di depan mataku. Aku masih teringat segala ucapan ayah pada anak-anak,cucu-cucu dan kpd ibu.

Ayah tak pernah sekalipun memarahi aku, walau apa jua kesalahan ku. Setiap kali ayah memanggil aku atau anak-anak yang lain,tidak pernah menggunakan nama kami, dia memanggil dgn panggilan "anak ayah". Sehinggalah aku dewasa,berkahwin,mendapat anak,itulah panggilan dia pada kami. Setiap butir perkataannya amat bermanfaat pada ku. Sehinggakan aku tak mau terlepas setipa patah perkataannya.

Tapi sekarang,semua itu sudah tiada lagi.Yang ada hanya gambar-gambar lama ayah yg sering kutatap bila ingatan kepada beliau kembali datang. Aku sedih memikirkan hidup ayah yang selalu menderita ,sejak dia dilahirkan hinggalah sampai menghembus nafas terakhir.